Gerbang Untuk PKS Memulakan Perjalanan ESG Anda
Hab ESG PKS ini ialah platform sumber ESG dalam talian khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin membangunkan dan melaksanakan inisiatif dan program tindakan ESG dalam organisasi masing-masing.
Hab ini merangkumi daripada empat (4) gerbang utama di mana anda boleh mengakses pelbagai sumber di bawah setiap bahagian.
Kajian kes dan sumber untuk memberikan inspirasi kepada perjalanan ESG PKS anda. Pelajari daripada kejayaan PKS yang lain.
Sumber untuk membantu anda mula merancang perjalanan ESG anda. Rancang tindakan untuk kesan positif.
Sumber untuk anda membangunkan dan melaksanakan tindakan ESG. Berdasarkan rangka kerja 6 langkah Panduan Tindakan Kelestarian PKS.
Sumber untuk membantu anda menyampaikan tindakan ESG anda. Bagaimana kaedah-kaedah untuk memaklumkan khalayak ramai apa yang anda lakukan.
Tonton video ini untuk memulakan perjalanan ESG anda!
Tonton video pengenalan ini untuk mengetahui cara Hab ESG PKS boleh membantu perniagaan anda mencapai matlamat kemampanannya. Dengan akses percuma dan mudah kepada pelbagai sumber dan alatan, anda boleh memulakan perjalanan ESG perniagaan anda.
“Apabila kita mempunyai persekitaran kerja yang jujur dan melayan pekerja kita dengan betul, mereka akan membangunkan generasi akan datang dengan integriti, dan kita akan menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan”
Tam Wah Fiong
Pengerusi, Thumbprints Utd
"Fikirkan bagaimana tindakan anda boleh memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, termasuk syarikat anda, pekerja anda serta lain-lain pihak."
Gary Gan
Pengurus Besar, Hexa Food
“Apa jua penjimatan kos yang telah kami perolehi hasil daripada amalan-amalan mesra alam, kami telah menyampaikannya kepada pekerja kami. Ini mengujudkan suasana kerja yang mesra, di mana pekerja kami lebih komited untuk mempertingkatkan produktiviti dan inisiatif.”
Ramakrishna Damodharan
Pengarah, Adipven
Perihal UN Global Compact Network Malaysia & Brunei
Sebagai peneraju bidang kemampanan perniagaan, UNGCMYB memacu tindakan pelbagai pihak untuk membentuk masa hadapan yang lebih mampan, berdasarkan Sepuluh Prinsip Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Matlamat Pembangunan Mampan. Menerusi pelbagai program, alatan dan perkongsian, UNGCMYB memajukan amalan perniagaan mampan selaras dengan agenda nasional negara untuk menjadikannya hab perniagaan mampan serantau.
Sama ada syarikat anda baharu mula mengamalkan amalan perniagaan yang mampan atau sudah pun menjadi pengamal kemampanan Perniagaan yang berpengalaman, sertai kami hari ini untuk membuat perubahan yang lebih besar.
Apa Kata Ahli PKS Kami
"UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) berkongsi bimbingan dan maklumat yang terkini dalam penyelesaian kemampanan kepada Zofar Mechanical & Electrical Engineering Sdn. Bhd. Kami mempelajari amalan-amalan terbaik melalui pelbagai perkongsian, alatan, sumber, sokongan rangkaian tempatan dan latihan. Tambahan pula , kami diberikan panduan langkah demi langkah tentang cara mengakses, mentakrifkan, melaksana, mengukur dan menyampaikan laporan kami tentang amalan kemampanan kami."
Encik Chow Wing Kah
Pengurus Besar
Zofar Mechanical & Electrical Engineering Sdn Bhd
"Ianya satu penghormatan kepada saya kerana berpeluang menyertai Program Latihan Kelestarian PKS. Program ini sangat bermaklumat dan praktikal. Ia telah membantu saya untuk menjadi lebih analitikal dalam ESG dan perjalanan kemampanan syarikat saya. Saya amat menghargai kesemua kerja keras UNGCMYB!"
Jessie Ho
Pengurus Jualan Korporat
Homevest
"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada UNGCMYB kerana menyediakan program latihan ESG yang luar biasa. Latihan ini membolehkan kami memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang ESG dan kepentingannya, serta membolehkan kami menjalankan operasi perniagaan kami dengan cara yang lebih mampan dan bertanggungjawab. Kami kini lebih yakin dalam mmenyampaikan nilai yang lebih besar kepada pihak pemegang taruh kami sambil menyumbang kepada pembangunan mampan. Program latihan anda telah memainkan peranan penting dalam membantu kami memahami kepentingan dan kelebihan ESG kepada perniagaan kami."
John Loh
Pengarah Operasi & Pembangunan Strategik
Emerging EPC Sdn Bhd
Dibangunkan Oleh
United Nations Global Compact (UNGC) ialah inisiatif dasar strategik untuk perniagaan yang komited untuk mengambil tindakan bagi memajukan matlamat masyarakat yang lebih luas. UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) ialah rangkaian tempatan rasmi UNGC, yang menyokong syarikat Malaysia & Brunei dalam membolehkan mereka menyumbang ke arah SDG dan mencapai kecemerlangan perniagaan melalui 10 prinsip, program dan alatan kami sambil menyediakan akses kepada perkongsian dengan pelbagai pihak berkepentingan – untuk berkongsi amalan terbaik dan penyelesaian baru muncul. Kami juga berusaha untuk meletakkan perniagaan Malaysia dan Brunei sebagai penanda aras dan agen utama dalam memacu dunia yang mampan.
T:03-2935 9051